Monday, November 11, 2013

~Harapan salam maal hijrah 1435H



          Tanpa harapan kita takkan bahagia. Tanpa harapan, manusia takkan kuat. Tanpa harapan, perjuangan akan menjadi kosong....dan semua manusia ada harapan untuk menjadi baik,terbaik...paling baik (insyaAllah). Harapan untuk hidup lebih baik. Harapan untuk cinta. Harapan untuk keluarga. Harapan untuk masa depan.
Dan yang paling besar, adalah harapan untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW juga mendapat tempat di dalam syurga Allah.Rasulullah SAW yang bergelar kekasih Allah itu pun, sentiasa melaksanakan ibadah kerana berharap mendapat redha Allah. Walaupun baginda telah dijamin syurga.Dan baginda selalu berharap umatnya mendapat rahmat Allah. Ketika hampir wafat pun baginda masih menyebut ‘umatku umatku umatku’.
Kita sebagai manusia, harus juga punya harapan. Dengan harapan kita akan ada semangat. Dengan harapan kita akan bahagia hingga ke jannah....aminn.



No comments:

Post a Comment