Friday, March 18, 2011

kAU jOdOhKU

Cinta apa maknanya ya..ada yang cakap cinta itu buta,cinta itu indah ,cinta itu seni..entah aku pun tak tau nak kata ape may be cinta itu unik.Apa yang pasti  first mesti cinta kepada Allah .Tapi cinta sejati antara manusia belum ku temui........

"Hanna mari turun, minum petang"panggilan umi sayup-sayup kedengaran memangil nama anak bongsu Nurul Hanna Farina .

"Ya umi ,kejap lagi Hanna turun.Umi masak ape petang ni ?"ucap Hanna sambil memeluk ibunya.Puan Aisyah hanya tersenyum melihat gelagat anak perempuan tunggal.Nurul Hanna Farina adalah satu-satunya puteri yang dimilikinya dan tiga orang putera Muhammad Afiq, Muhammad Aizat dan Muhammad Amar.

"Umi masak bihun goreng USA dan goreng keropok lekor dari Kelantan.Nanti Hanna tolong buatkan air??"ucap Puan Aisyah.

"Bestnya umi masak bihun goreng ...yam..yamm.......sedap.Nanti Hanna tolong umi buat air"Bagi Hanna masakkan uminya tidak tandingnya...memang first class....sedap.Bihun goreng USA...udang,sotong,ayam.Tapi yang pasti kasih seorang ibu tiada tandingnya.Selalu inginkan yang terbaik untuk anaknya.

 Hanna pantas bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk mengerjakan seruan Ilahi.

 ........................................................................................................

Hari ini merupakan hari amat bermakna bagi Hanna kerana dia dipilih untuk interview sebagai guru tadika.Dia mengenakan baju kurung  berwarna hijau muda dan tudung putih.Wajahnya di hiasi dengan make up natural ,menyerlahkan lagi  keayuaan wajah yang mempunyai lesung pipit di kedua belah pipi.

 "Assalamuailaikum Umi, abah, angah"

"Waalaikumussalam...mari  sarapan Hanna"ucap Encik Zailan sambil menarik kerusi untuk anak bongsunya. Manakala Puan Aisyah menuangkan air susu untuk anaknya.Wajah Puan Aisyah tersenyum melihat keceriaan anak bongsunya.

 "Angah hantar Hanna ye"pintanya.Muhammad Aizat tersenyum melihat gelagat adik bongsunya.Timbul niat untuk menyakat adiknya.

"Boleh dengan satu syarat..."
"Syarat!! nak minta tolong pun kena ada syarat.Teruk la Angah ni umi "Puan Aisyah dan Encik Zailan hanya tersenyum melihat keranah permata hati mereka.


Bab 2

Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini."Interview" macam-macam perasaan yang muncul dalam diri Hanna.Nervous katakan ...tapi umi selalu berpesan kesabaran adalah sesuatu yang penting dalam melakukan setiap pekerjaan.Langkah Hanna semakin menghampiri AWRA CHILD EDUCATION tempat
di mana Hanna akan bekerja sementara menanti panggilan universiti..
"Assalamuailaukum mak cik,boleh saya tahu di mana bilik  Pn Soleha"
"Adik jalan terus, lepas itu belok kiri.maaf ye adik mak cik nak cepat sebab nak masak makanan untuk budak2ni"ucap perempuan dalam lingkungan 40-an.Hanna hanya mengganguk sedikit kepala dan mengucapkan terima kasih.Pantas Hanna mengatur langkah menuju ke bilik Pn Soleha sambil matanya liar memerhati di setiap sudut kawasan tersebut.
"Assalamuailaikum puan "
"Waalaikummussalam,ada apa yang boleh saya bantu cik" ucap Pn Soleha sambil memerhati seraut wajah di hadapannya.
"Saya Nurul Hanna Farina"
"oh..Hanna anak Puan Aisyah".
Pantas Puan Soleha menyuruh Hanna masuk."Hanna dah ready ke nak start kerja"tanya Puan Soleha bagi menguji setiap pekerja yang baru.
"Saya dah bersedia dan saya tahu kerja ini bukan sesuatu yang senang..kita kena pandai memainkan peranan untuk menarik minat kanak -kanak, melahirkan kasih sayang  kepada mereka,jangan terlampau memanjakan atau mengikut kata mereka tapi bimbing mereka agar menjadi seorang manusia yang berguna kepada kedua ibubapa dan negara""Bagus, selamat datang ke AWRA CHILD EDUCARE"ucap Puan Soleha sambil menghadiahkan seulas senyuman kepada Hanna.
"Syukur alhamdullilah,terima kasih puan.Bila saya boleh start kerja"perasaan teruja untuk memulakan kerja melonjak-lonjak dalam diri Hanna.
"Esok Hanna boleh mula bekerja.Sekarang saya bawa Hanna melihat kawasan ini"
Hanna memerhati di sekeliling kawasan tadika ini,melihat keriangan kanak -kanak membuatkan bibirnya mengukir senyuman.Malah tersemat dihati kecilnya untuk menyayangi kanak-kanak ini semua..
"Hei budak kecik ,tengok ape kau dah buat habis basah baju aku ni?"jeritan suara seorang perempuan membuatkan Hanna tersentak.Kelihatan seorang kanak -kanak dalam linkungan empat tahun mula menangis dan lari menjauhi perempuan itu.
"Eisya, come here!!"jerit perempuan itu.Tiba-tiba muncul seorang lelaki malah mengejar kanak-kanak itu dan terus memeluk kanak-kanak itu.Malah lelaki itu kedengaran memujuk kanak-kanak itu supaya behenti menangis dan berjanji sesuatu dengan kanak-kanak itu.Kanak-kanak yang di panggil Eisya itu terus mengukir senyuman malah memeluk lelaki itu.Hanna terpaku melihat kejadian itu.

No comments:

Post a Comment