Bahan-bahan
6 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
2 sudu besar gula – untuk buat karamel
Cara-cara
- Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Kacau sehingga gula menjadi cair dan keperangan. Masukkan 2 sudu besar air dan ratakan. Sejukkan loyang.
- Pukul telur di dalam bekas atau mangkuk. Masukkan tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla. Kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
- Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disejukkan dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment