Thursday, July 28, 2011

SuraH Al-Fatihah

Berbicara mengenai Surah Al-Fatihah, sape tak tahu kan dengan surah ni ...menjadi rutin harian dalam kehidupan sebagai seorang muslim untuk membacanya..terutama dalam solat..tak sah solat tau kalau xbace surah ni..tapi, tahukah kite dengan maksud surah ini..ha..perlu jugak kite tahu maknanya..supaya khusyuk apabila solat...Tapi, kebanyakan orang xamik peduli dengan hal ni dan menganggap ianya tak penting..uish..silap tu..wajib tahu tau..(mengaji pun kne faham makna yang dibaca..)

Al-fatihah, merupakan surah Pembukaan yang telah diturunkan di Makkah yang mempunyai 7 ayat dan mengandungi maksud yang sungguh bermakna. Ia juga dinamakan sebagai Ummul Kitaab kerana merupakan ibu atau sebagai pembuka dan permulaan dalam inti sari kandungan Al-Quran dan ia dibace berulang disetiap kali rakaat dalam solat. Jum same2 kite hayati maksud surah Al-Fatihah...


 1.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2 .ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


3 .ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


4 .مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


5 .إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


6 .ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.


7 . صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN...

Surah ini boleh dikatekan sebagai 'basic' pade seseorang muslim..kerane ape..kerane dengan surah ini kite dapat mengenali diri dan mengenal PenciptaNya sendiri... dan sekaligus juge seseorang itu akan merasekan surah ini sebagai satu keperluan dalam kehidupannye. Manusia yang pade hakikatnye sebagai hamba Allah yang lemah dan sering melakukan kesilapan apatah lagi pabile hatinye yang mudah berbolak-balik tidak kire waktu dan setiap saat ketika dihujani ujian mahupun tidak..Dan Allah itu Maha Mengetahui hakikat ini kerana bukankah Dia itu Maha Pencipta segala sesuatu di segenap alam ini..dan semuenye terangkum dalam makna surah ini.

No comments:

Post a Comment