Monday, November 11, 2013

~Harapan salam maal hijrah 1435H



          Tanpa harapan kita takkan bahagia. Tanpa harapan, manusia takkan kuat. Tanpa harapan, perjuangan akan menjadi kosong....dan semua manusia ada harapan untuk menjadi baik,terbaik...paling baik (insyaAllah). Harapan untuk hidup lebih baik. Harapan untuk cinta. Harapan untuk keluarga. Harapan untuk masa depan.
Dan yang paling besar, adalah harapan untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW juga mendapat tempat di dalam syurga Allah.Rasulullah SAW yang bergelar kekasih Allah itu pun, sentiasa melaksanakan ibadah kerana berharap mendapat redha Allah. Walaupun baginda telah dijamin syurga.Dan baginda selalu berharap umatnya mendapat rahmat Allah. Ketika hampir wafat pun baginda masih menyebut ‘umatku umatku umatku’.
Kita sebagai manusia, harus juga punya harapan. Dengan harapan kita akan ada semangat. Dengan harapan kita akan bahagia hingga ke jannah....aminn.



Thursday, April 11, 2013

~Sharing is Caring***

 Barli – Minum air barli baik untuk melegakan dan mengurangkan kepanasan akibat demam.
 Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
 Buah Tin – Buah yang dikatakan berasal dari syurga. Boleh mengubati buasir.
 Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
 Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat, mengubati cirit birit dengan dibancuh menggunakan air panas, membuka selera, menguatkan perut serta membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam. 
Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
 Susu – Nabi menyatakan susu baik untuk membuang panas badan, menguatkan bahagian belakang badan, memperbaiki tisu otak, memperbaharui tisu mata dan mengurangkan kelupaan.
  Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
 Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, merawat radang perut.
 Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun ( Trend yang popular di restoran Itali )
 Delima – Membersihkan tubuh dari unsur-unsur syaitan serta bisikan syaitan selama 40 hari.
Air (seeloknya air masak)– Jika dahaga hendaklah disedut atau diminum perlahan-lahan. Jangan diteguk berterusan kerana ia mendatangkan potensi dihinggapi penyakit pada hati.

Diet Cara Rasulullah s.a.w..
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU (KOKTEL)
p/s: Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu,. Baru makan nasi. Tidur 1 jam selepas makan tengah hari Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam akan dimakan usia dan kolestrol dlam badan akan berganda. wallahualam..
( ^____^ )

Saturday, March 23, 2013

~My Fav Song~

  OST cinta kau dan aku..........

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu
Korus
Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Ulang Korus

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu



Wednesday, March 13, 2013

Puding Karamel..







Bahan-bahan
6 biji telur
1/2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu besar esen Vanilla
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
 2 sudu besar gula – untuk buat karamel
Cara-cara
  1. Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil. Kacau sehingga gula menjadi cair dan keperangan. Masukkan 2 sudu besar air dan ratakan. Sejukkan loyang.
  2. Pukul telur di dalam bekas atau mangkuk. Masukkan tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  4. Siap untuk dihidangkan. Lebih sedap jika disejukkan dalam peti ais.

Tuesday, January 1, 2013

~Syukur..alhamdullilah~


                                                 Assalamuailakum
~LJM~
BerSyukur sangat3x coz aku lulus LJM...Terima kasih ya Allah.Tapi serious aku mmg takut pon x pernah rasa jawab exam rasa x cukup masa 2 jam 30 minute rasa x cukup je...mendebarkan je rasanya..makin aku baca soalan makin pening je aku rasa huhuhuh..last2x aku tawakal je untuk beberapa soalan..jawapan dye aku rasa semua betul tapi nk cari "the best answer" mmg buat aku confius je.....alhamdulilah####syukur sangat2x

~Induksi oh Induksi~
Hari last induksi baru aku rasa nikmatnya..seminggu induksi rasa semput je,masa pon x dapat nak diurus dengan betul..hehehe.Baru aku tahu bukan senang nak jadi penjawat awam walaupon dapat mcm faedah yang telah diperuntukan....(bersambung...)

~ Antara Bintang ....~


                                                             Assalamuailakum

Jodoh, rezeki dan  ajal maut merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam diri seseorang.Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperiabdian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain. Wallahu 'Alam.