Friday, November 2, 2012

Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?

Allah bagi ujian sebab sayang. Kan?
Allah bagi ujian sebab kasih. Kan?
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan? 
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada. insha Allah.
InshaAllah.

Saturday, October 27, 2012

Jika aku jatuh cinta.......


Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada-Mu,
Agar Bertambah Kekuatanku Untuk Mencintai-Mu.
 Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Jagalah Cintaku Padanya Agar Tidak Melebihi Cintaku Pada-Mu.
 Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Pada-Mu.
 Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu.
 Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Jagalah Rinduku Padanya Agar Tidak Lalai Aku Merindui Syurga-Mu.
 Ya Allah,
Jika Aku Menikmati Cinta Kekasih-Mu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya Bermunajat Di Sepertiga Malam Terakhir-Mu
Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Hati Pada Kekasih-Mu,
Janganlah Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia Kepada-Mu.
 Ya Allah,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasih-Mu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Kepada-Mu.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah

Friday, October 19, 2012

Blood donation..

Derma darah...best je rasanya..tp untuk kali ke-4 ini tangan aku lebam sikit tp ia akan hilang dalam masa seminggu .Tercapai juga hajat aku untuk menderma darah for last sem. Dulu kalau orang tanya aku darah jenis ape pon mmg aku x thu...tapi sekarang memang aku tahu...Aku darah B. Tapi waktu derma darah aku teringin nak tengok orang yg blood group dye AB.Aku hanya manpu menderma darah ..tak mampu/bersedia untuk menjadi penderma organ.

Isi form dulu sebelum nk menderma ( ^ _ ^ )

 Darah akan diambil untuk check sama ada layak mendema atau tak.


sape nk rasa kena cucuk dengan jarum besar..???


Akhirnya..

Sunday, September 30, 2012

3 bulan je lagi...



Pejam celik3x..sekejap aje masa berlalu meninggalkan kita,wah october menjelma, banyak benda yg perlu d selesaikan..Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini..apa yang penting saya nak ma and abah bangga dengan saya..Oh mamaku sumber kekuatan saya,yang sy paling percaya dan amat menyayangi saya....(yg sebenarnya sy rindu kat mama terasa nk blik kg je tp x de cuti)...

 My Problem....
Oh stastistic.kenapa muncul dalam hidupku..susah bangat sik. pening kepala dibuatnya...huru hara hidupku dibuatnya...cyayok Rehan!!!3 month je agi,,,"Rajinkan diri Anda"...Hari ini 1.10.12 saya start posting kat hospital serdang...medical ward ...ape yg penting kena banyak practice coz seminggu lagi nk OSCE. Last OSCE for this year...mesti lakukan yg terbaik.



Saturday, September 22, 2012

kebahagiaan itu........



Tiada syarat untuk bahagia..........
Tiada skala untuk mengukur kebahagiaan...
Tiada penghalang untuk mengecapi bahagia.
kerana bahagia terletak dalam hati..
Anugerah yang tidak dapat dirungkai dengan kata2....
Pilihan ada ditangan kita ,mahu merasa bahagia atau tidak
Kita sendiri yang akan mewarnai kebahagian itu.
Kita perlukan berjuang untuk mengecapi kebahagiaan itu..
Tapi  janganlah  kita terleka dengan  kebahagian  di dunia..
sedangkan ia hanya sementara...
Ya Allah pimpinkanlah hambamu ke jalan SYURGAMU..

Thursday, August 2, 2012

Wah ..tension jer rasanya..bnyak betul assignment sem nie....hitam putih jer warnanya...mama sy rasa pening sngat..Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini...rasa mau jer tido..tp still pikir assignment..huhuhuhu..
research,statistic,management,report harian ,case study,quiz...dah macam x ok je ak nie..oh time management..help me!!!rasa mencabar je...cyayok!!!for the last sem..lalalala ( x mood je rasanya).
nk pilih topic pon satu hal ..membuat ak kepeningan jer..

Wednesday, August 1, 2012

Semua yg berlaku pasti bersebab???



Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.Ya, Bersangka baiklah. Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]